Wednesday, March 17, 2010

kenapa kita harus membaca "BUKU"

Begitu banyak alasan kenapa orang mesti membaca buku. Pertama kerana adanya keperluan dari diri kita untuk menggali ilmu pengetahuan atau informasi tentang berbagai hal yang kita perlu tahu. Kita merasa mencari ilmu sebagai satu keperluan kerana memang bagi kita , umai Islam, mencari ilmu di wajobkan kepada kita.

Rasulullah saw bersabda: “Mencari ilmu wajib atas setiap orang Islam baik laki-laki mahupun perempuan”. Mencari ilmu tidak harus melalui sekolah formal ataupun informal, akan tetapi juga dengan cara belajar sendiri dari buku-buku yang ditulis oleh pengarang buku tersebut, yang mana jumlahnya sangat banyak sekali. atau kemudahan seperi E-book internet.

Kedua, kerana sebuah buku itu umumnya ditulis oleh para penulis yang biasa berumur antara 35 sampai 50 tahun. Maka setiap buku yang dihasilkan oleh penulis adlah melebihi 30 tahun pengalaman, pandangan, persepsi, imaginasi seorang penulis tersebut untuk menghasilkan sebuah buku.

Ketiga, Membaca buku adalah konsumsi bagi tubuh kita, iaitu yang terletak di otak dan hati. Konsumsi bagi pikiran dan perasaan itu tidak mutlak, kerana ramai orang yang otak dan hatinya tidak pernah membaca tetapi masih bertahan hidup. Tetapi, bagi setengah orang membaca buku itu merupakan perkara utama yang mereka harus lakukan dan penuhi.

Keempat, Bacalah! (Iqra’) demikian bunyi ayat pertama dari pada kitab suci Al-Quran yang diturunkan untuk umat Nabi Muhammad saw. Membaca disini mempunyai pengertian yang luas, bukan hanya membaca buku bacaan tetapi membaca apa sahaja yang ada di depan kita, sekitar diri kita dan semua yang mempunyai manfaat kepada kehidupan.

0 comments:

Post a Comment