Wednesday, March 24, 2010

MAKAN OH MAKAN


Adakah kita semua tahu, apakah amalan ketika makan yang memiliki keberkatan di dalamnya? sama samalah kita membacanya,semoga kawan2 mengambil berat tentang ini....

MENYUKAT KADAR MAKANAN
- Apabila kita hendak makan, jangan mencedok sesuka hati. Sebaliknya hendaklah disukat pada kadar atau jumlah yang berpatutan.
Rasulullah s.a.w berpesan: "Sukatlah makanan kalian, nescaya kalian akan diberkati."

BERKUMPUL APABILA MAHU MAKAN
- Makan bersama sama adalah amalan yang memiliki berkat di dalamnya. Berusahalah untuk makan bersama sama, sama ada bersama ahli keluarga di rumah, rakan rakan di asrama atau guru dan pensyarah di kafetaria.

MAKAN DARI TEPI PINGGAN
- Apabila kita makan di pinggan, mulakanlah dari tepi pinggan jangan di tengah. Apabila menceduk lauk, ceduk yang tepi, bukan yang tengah. Jika yang ditepi atau di sekeliling pinggan sudah habis, barulah diambil yang di tengah.

MELICINKAN PINGGAN
- Bercakap tentang etika mulia makan ada yang memandang perbuatan melicinkan pinggan dan menjilat jari sesudah makan itu tidak baik. Tetapi satu perkara penting perlu dibezakan iaitu etika mulia atau buruk ditentukan mengikut ukuran manusia tetapi berdasarkan ukuran Islam. Kita harus menghabiskan makanan yang kita makan supaya tidak membazir.

MENJILAT JARI
- keberkatan bukan sahaja dengan melicinkan pinggan tetapi juga dengan menjilat jari

1 comments:

Aine said...

info y baik ni syah,, smg dpt dipraktikkan dalam kehidupan seharian..

Post a Comment