JANGAN DIIKUTKAN HATI REMAJA MU
KELAK KAU AKAN MENYESAL TIDAK BERKESUDAHAN
MENYESAL KERANA ITU DAN INI TIDAK KAU BUAT
JANGAN DIIKUTKAN GELODAK JIWAMU
HIDUP KESUNYIAN YANG DIISI BERPASANG-PASANGAN
NANTI KAU TERJEBAK KE KANCAH PERSIMPANGAN
MENJERAT DIRIMU KE DALAM PERANGKAP YANG KAU CIPTAKAN
JANGAN DIIKUTKAN GODAAN TEMANMU
BERFOYA FOYA BERLEBIH LEBIHAN
KELAK MASAMU DIBAZIRI TANPA KEMASLAHATAN
JANGAN KAU IMPIKAN TERBANG DI AWAN
JIKA SAYAPMU MASIH KAU SIMPAN
SEKALIPUN SAYAPMU KAU KEPAKKAN
BELUM TENTU KAU MAMPU BERTERBANGAN
JANGAN KAU IMPIKAN NIKMAT SYURGA
JIKA PADA IBUMU SUARA KAU TINGGIKAN
PADA AYAHMU MUKA KAU PALINGKAN
MUNGKIN KAU TELAH DEWASA
TAPI DEWASAMU TIDAK KEMANA TANPA MEREKA
Untuk adik perempuan kesayanganku..
12 years ago
0 comments:
Post a Comment