Tuesday, March 30, 2010

C I N T A



"Jauhilah perbuatan maksiat kepada Allah dikala engkau sendirian, sebab Allah menyaksikanmu, Dialah yang akan menjadi hakim" Maksudnya: dikala kita sendirian bukan berarti sudah tidak ada lagi aturan sebab Allah SWT sentiasa melihat apa yang kita lakukan di dunua ini.

"Cintalah kekasih anda sekadarnya saja, kerana boleh jadi pada suatu hari dia akan menjadi orang yang membencime. Dan bencilah kepada orang yang membencimu sekadarnya sahaja, kerana boleh jadi pada suatu hari dia akan menjadi kekasih anda"

"Cintailah orang lain seperti halnya anda mencintai diri anda sendiri dan bencilah kepadanya sebagaimana anda membenci diri anda sendiri" Maksudnya :kalau kita suka dicintai maka cintailah orang lain tapi sebaliknya bila dibenci itu menyakitkan maka janganlah membenci.

"Perbandingan perkataanmu dengan perbuatanmu serta batasilah pembicaraan mu kecuali dalam kebaikan"

ReMaJa...........................

JANGAN DIIKUTKAN HATI REMAJA MU
KELAK KAU AKAN MENYESAL TIDAK BERKESUDAHAN
MENYESAL KERANA ITU DAN INI TIDAK KAU BUAT

JANGAN DIIKUTKAN GELODAK JIWAMU
HIDUP KESUNYIAN YANG DIISI BERPASANG-PASANGAN
NANTI KAU TERJEBAK KE KANCAH PERSIMPANGAN
MENJERAT DIRIMU KE DALAM PERANGKAP YANG KAU CIPTAKAN

JANGAN DIIKUTKAN GODAAN TEMANMU
BERFOYA FOYA BERLEBIH LEBIHAN 
KELAK MASAMU DIBAZIRI TANPA KEMASLAHATAN

JANGAN KAU IMPIKAN TERBANG DI AWAN 
JIKA SAYAPMU MASIH KAU SIMPAN
SEKALIPUN SAYAPMU KAU KEPAKKAN
BELUM TENTU KAU MAMPU BERTERBANGAN

JANGAN KAU IMPIKAN NIKMAT SYURGA
JIKA PADA IBUMU SUARA KAU TINGGIKAN
PADA AYAHMU MUKA KAU PALINGKAN
MUNGKIN KAU TELAH DEWASA 
TAPI DEWASAMU TIDAK KEMANA TANPA MEREKA

 




Wednesday, March 24, 2010

......Siapa Anda......


SIAPAKAH ORANG YANG SIBUK?
__Orang yang tidak mengambil berat akan waktu solatnya seolah olah dia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman a.s.

SIAPAKAH ORANG YANG MANIS SENYUMANYA?
__Orang yang ditimpa misibah lalu dia berkata "Innalillahi wa inna illaihi rajiuun", lalu sambil berkata, "Ya Rabbi aku redha dengan ketentuan Mu ini", sambil mengukirkan senyuman.

SIAPAKAH ORANG YANG KAYA
__Orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan tidak lupa akan kenikmatan dunia yang sementara ini.

WOMEN AND PILLOW............


Watak seorang wanita juga dapat dikenali melalui jenis bantal yang digunakan semasa tidur..Ada yang gemar tidur tanpa bantal, ada yang suka berbantal peluk dan ada pula yang suka letakkan bantal di bawah kaki.

PAKAR MENILAIKAN SIFAT WANITA BERDASRKAN BEBERAPA CARA :-

1) Menggunakan bantal lebih dari 1

Kategori ini di anggap tak mempunyai keyakinan diri, memerlukan banyak
pendamping atau teman teman agar dapat dihiburkan. Sukar membuat keputusan
sendiri dan sebaliknya suka mendapatkan pandangan orang lain.

2) Tidur dengan 1 bantal
Bijak berfikir dan tak suka mengadangada. Boleh menerima hakikat yang
sebenarnya.

3) Meletakkan bantal di bawah kaki

Tidak suka bergaul dan anti bersosialis. Bersifat egois dan malas berusaha
ini menyebabkan tidak ramai kawan.

4) Tidur tanpa bantal

POSITIF. Mempunyai sifat percaya diri yang boleh bertukar menjadi
egoistik. Terlalu konfiden dan mudah memandang rendah kepada orang lain.

MAKAN OH MAKAN


Adakah kita semua tahu, apakah amalan ketika makan yang memiliki keberkatan di dalamnya? sama samalah kita membacanya,semoga kawan2 mengambil berat tentang ini....

MENYUKAT KADAR MAKANAN
- Apabila kita hendak makan, jangan mencedok sesuka hati. Sebaliknya hendaklah disukat pada kadar atau jumlah yang berpatutan.
Rasulullah s.a.w berpesan: "Sukatlah makanan kalian, nescaya kalian akan diberkati."

BERKUMPUL APABILA MAHU MAKAN
- Makan bersama sama adalah amalan yang memiliki berkat di dalamnya. Berusahalah untuk makan bersama sama, sama ada bersama ahli keluarga di rumah, rakan rakan di asrama atau guru dan pensyarah di kafetaria.

MAKAN DARI TEPI PINGGAN
- Apabila kita makan di pinggan, mulakanlah dari tepi pinggan jangan di tengah. Apabila menceduk lauk, ceduk yang tepi, bukan yang tengah. Jika yang ditepi atau di sekeliling pinggan sudah habis, barulah diambil yang di tengah.

MELICINKAN PINGGAN
- Bercakap tentang etika mulia makan ada yang memandang perbuatan melicinkan pinggan dan menjilat jari sesudah makan itu tidak baik. Tetapi satu perkara penting perlu dibezakan iaitu etika mulia atau buruk ditentukan mengikut ukuran manusia tetapi berdasarkan ukuran Islam. Kita harus menghabiskan makanan yang kita makan supaya tidak membazir.

MENJILAT JARI
- keberkatan bukan sahaja dengan melicinkan pinggan tetapi juga dengan menjilat jari

Friday, March 19, 2010

siapa pencipta pen dakwat






Ketika kita menggunakan pen yang berdakwat, pernah tak terlintas di fikiran kita, siapa dan kenapa pen berdakwat itu di cipta?

Sebenarnya, terdapat pelbagai jenis alat alat tulis yang telah di buat olen manusia. Menurut sejarah, sejak beratus ratus tahun dahulu, alat tulis telah pun di cipta. John Schffer merupakan individu yang pertama memperkenalkan pen separuh bulu dan separuh logam pada sekitar tahun 1819.Setelah itu seorang penjual insurans, Lewis Waterman telah mencipta lubang di penghujung mata pen dan akan terus keluar melalui lubang kecil terus ke kertas.

Hujung mata pen berfungsi untuk mengawal penegeluaran dakwat dari tempat simpanannya. Menjelang tahun 2000, kebanyakan pen berubah kepada pengisiannya yang lebih canggih dan mudah untuk di gunakan oleh pengguna itu sendiri.

Wednesday, March 17, 2010

kenapa kita harus membaca "BUKU"

Begitu banyak alasan kenapa orang mesti membaca buku. Pertama kerana adanya keperluan dari diri kita untuk menggali ilmu pengetahuan atau informasi tentang berbagai hal yang kita perlu tahu. Kita merasa mencari ilmu sebagai satu keperluan kerana memang bagi kita , umai Islam, mencari ilmu di wajobkan kepada kita.

Rasulullah saw bersabda: “Mencari ilmu wajib atas setiap orang Islam baik laki-laki mahupun perempuan”. Mencari ilmu tidak harus melalui sekolah formal ataupun informal, akan tetapi juga dengan cara belajar sendiri dari buku-buku yang ditulis oleh pengarang buku tersebut, yang mana jumlahnya sangat banyak sekali. atau kemudahan seperi E-book internet.

Kedua, kerana sebuah buku itu umumnya ditulis oleh para penulis yang biasa berumur antara 35 sampai 50 tahun. Maka setiap buku yang dihasilkan oleh penulis adlah melebihi 30 tahun pengalaman, pandangan, persepsi, imaginasi seorang penulis tersebut untuk menghasilkan sebuah buku.

Ketiga, Membaca buku adalah konsumsi bagi tubuh kita, iaitu yang terletak di otak dan hati. Konsumsi bagi pikiran dan perasaan itu tidak mutlak, kerana ramai orang yang otak dan hatinya tidak pernah membaca tetapi masih bertahan hidup. Tetapi, bagi setengah orang membaca buku itu merupakan perkara utama yang mereka harus lakukan dan penuhi.

Keempat, Bacalah! (Iqra’) demikian bunyi ayat pertama dari pada kitab suci Al-Quran yang diturunkan untuk umat Nabi Muhammad saw. Membaca disini mempunyai pengertian yang luas, bukan hanya membaca buku bacaan tetapi membaca apa sahaja yang ada di depan kita, sekitar diri kita dan semua yang mempunyai manfaat kepada kehidupan.